Inovasi Berus Gigi Terbaru Dari Jepun : Systema 3D Clean

Dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, rutin menggosok gigi sering diambil remeh dan ramai yang tidak melakukan nya dengan betul. Selain daripada menggosok gigi dengan teknik yang  betul, pemilihan berus gigi yang bersesuaian serta tidak mencederakan gusi juga adalah amat penting.

Betulkan?

Ramai yang menganggap berus gigi hanyalah alat untuk membawa ubat gigi ke dalam mulut kita semasa menggosok gigi. Sebenarnya, berus gigi adalah sama penting dengan ubat gigi. Berus gigi sebenarnya merupakan alat yang paling penting untuk menanggalkan plak – laipsan biofilem bacteria yang menyebabkan kaviti.

Pada masa kini, kita dimanjakan dengan pelbagai pilihan berus gigi di rak-rak pasaran. Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 100 jenis berus gigi di pasaran? Pilihan yang pelbagai pastinya akan menyebabkan pembeli bingung untuk memilih berus gigi terbaik, namun tidak semua berus gigi adalah sama.

Salah satu faktor penilaian penting ketika memilih berus gigi adalah dengan memahami bagaimana gigi kita digunakan setiap hari. Apa yang harus ditanggung oleh gigi kita? Bagi rakyat Malaysia, kita semua ’bersalah‘ kerana mendedahkan gigi kita dengan tugasan paling sukar kerana minat mendalam kita terhadap makanan. Rakyat Malaysia dapat dilihat menikmati makanan setiap masa yang mempunyai pelbagai rasa dan tekstur yang tidak dapat dibayangkan. Sisa makanan yang tersangkut dicelah gigi, yang meninggalkan kesan warna atau menyaluti garisan gusi dan gigi;  ini

semua menjadi makanan kepada plak yang akan menghakis enamel, menjadi punca gigi berlubang dan gigi reput.

SYSTEMA Berus gigi nombor 1 di Jepun julung kali dilancarkan pada tahun 1993 oleh Lion Corporation Japan (kini “Lion Japan”). Ia adalah penambahbaikan yang besar dalam mencegah penyakit periodontal ketika paten pertama berus gigi tirus 0.02mm Systema diperkenalkan yang dapat menembusi jauh kedalam bahagian gigi yang sukar dicapai seperti celah-celah gigi dan garisan gusi dengan kebolehan untuk membersihkan poket gusi tanpa mencederakan gigi dan gusi.

Jika dibandingkan dengan berus gigi biasa, berus bulu tirus ini berkebolehan membersih 9 kali lebih baik, sementara mengurangkan tekanan ketika memberus sebanyak 66%. Berus gigi SYSTEMA juga lebih fleksibel malah menerajui pembersihan yang efektif dan selesa.


  
Hasil dari 100 tahun pengalaman bekerjasama dengan ahli pergigian dan dengan kumpulan saintis sendiri, tidak dapat disangkal lagi bahawa Lion Japan merupakan syarikat perintis dalam inovasi berus gigi berhujung tirus.

Hari ini, pakar berus gigi berhujung tirus memperkenalkan satu lagi inovasi baru - berus gigi SYSTEMA 3D CLEAN. Ia merupakan berus gigi pertama dengan bulu berus 3D Multi-Cleaning 0.02mm dan pembersih lidah yang direka khas untuk membersihkan setiap bahagian mulut termasuk bahagian yang sukar dicapai. Jadi gigi kekal bersih, gusi sentiasa sihat dan nafas kekal segar walau apa jua yang anda makan.

“Sejarah  pembangunan produk penjagaan mulut SYSTEMA bermula pada tahun 1896 di mana pengasas Lion Corporation, Tomijito Kobayashi mula membuat sabun dan ubat gigi. Tahun demi tahun, kami telah berkembang dan pada tahun 1914  kami melancarkan berus gigi pertama, yang dibentuk bersama tunjuk ajar dari Tokyo College of Dentistry yang kini dikenali sebagai Tokyo Dental College,“ ujar Takashi Ohno, Pengarah Jabatan Inovasi Produk Antarabangsa, Lion Corporation Jepun.

Lion Japan percaya bahawa bahagian terpenting bagi berus gigi adalah pada bulu berusnya. Untuk gigi dan gusi yang sihat, berus gigi bukan sahaja perlu membersihkan permukaan gigi tetapi juga seluruh bahagian gigi dengan efektif terutamanya garisan gusi , gigi belakang dan celah-celah  gigi yang sukar untuk dicapai, dan bertindak lembut pada gusi dan gigi,” Ohno menambah.
Bersempena dengan pelancaran SYTEMA 3D CLEAN kempen SYSTEMA “Mula Dengan Betul, Berus Dengan Betul – Gigi Sihat Sepanjang Hayat“ turut diadakan. Permulaan siri jelajah adalah di  kompleks membeli-belah One Utama pada 30 Sept sehingga 4 Okt dengan kerjasama AEON. 

Kempen ini adalah sebahagian dari usaha berterusan SYSTEMA untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemai tabiat penjagaan mulut yang lebih baik dalam rutin harian mereka dengan melalui perkongsian maklumat yang tepat dan pengetahuan mengenai kebersihan mulut. Bermula dengan 2 langkah mudah iaitu dengan memilih berus gigi yang betul serta mengamalkan teknik dan tabiat memberus yang betul seperti yang disarankan pakar pergigian.

SYSTEMA 3D CLEAN telah diuji dikalangan pengguna jenama berus gigi utama dan 86% dari mereka mendapati ia mempunyai prestasi gosokan yang lebih baik berbanding jenama yang sedia ada. 80%  lebih suka SYSTEMA 3D CLEAN berbanding jenama sedia ada kerana;
–          Berus lebih lembut (77%),
–          Membersih  celah gigi (81%),
–          Membersih permukaan gigi (78%),
–          Membersih sepanjang garisan gusi (81%) dan berkebolehan untuk
Membersih belakang gigi(75%).

Sumber: Kumpulan Kajian Insight Asia– Project Blanco (2014)

Keputusan ini turut disokong oleh ujian saintifik makmal yang menunjukkan SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai kuasa pembersihan yang menakjubkan melalui kebolehannya untuk membersihkan secara efektif seluruh bahagian gigi seperti garisan gusi, celah-celah gigi dan permukaan gigi untuk kebersihan menyeluruh.

Sumber: Makmal Kajian Penjagaan Mulut, R&D HQ, Lion Corporation, 2014


SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai 5 kebolehan ‘multi-cleaning” untuk pembersihan menyeluruh 3D:
  1. Hujung Berus Tipis Spiral – Hujung berkuasa untuk mencapai gigi belakang bagi mengeluarkan lebih plak
  2. Bulu Berus Pendek Di Pusat –Membersihkan permukaan gigi dan permukaan mengunyah dengan lebih baik.
  3. Bulu Berus Panjang Di Tengah–Menembusi celah-celah gigi untuk menanggalkan sisa makanan.
  4. Bulu Berus Panjang Di Bahagian Luar – Menembusi  jauh kedalam garisan gusi untuk mengeluarkan  9X lebih plak
  5. Pembersih Lidah –  Menanggalkan lapisan makanan dan bakteria punca nafas berbau pada lidah.

SYSTEMA 3D CLEAN  kini boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM 11.50 (termasuk GST)


Untuk informasi lebih lanjut mengenai SYSTEMA 3D CLEAN, klik:
 laman Facebook rasmi 
Inovasi Berus Gigi Terbaru Dari Jepun : Systema 3D Clean Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 02, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.