Friday, May 17, 2013

Hershey's Sundae Burger King Memang Sedap Giler, Pengakuan Saya Dah Cuba ya!

Memenuhi permintaan anak yang terpengaruh dengan posting saya baru-baru ni "Hershey's Sundae" yang dijual pada harga promosi 3 hengget setiap satu.
So gigih jugalah kami 4 beranak ke Burger King semata-mata untuk menikmati dessert "Hershey's"
See rembatan untuk setiap sowang...
Takde sapa pun yang sukarela nak share sesama...
Bila bukak.............Pehhhhhhhhhhhhhh...
Meletops... Marveles
Ada rasa kek kat bawah, cream dan rahsia kesedapannya terletak pada rasa coklat yang sebenar dari Hershey's... Potongan sundae ni sebesar potongan saiz kek (bagi saya agak besar gak)
Memang tak sia-sia beli untuk setiap owang...
 Ni memang kaedah anak2 saya makan fries...
Ala makan beramai2 bersatu hati dalam dulang---tapi dikomersialkan kita guna tray!
Tang fries jer, kalau burger, ayam dan lain-lain, idakler bersatu hati nak berkongsi, isk...
Aksi ekstrem Akid ketika menikmati Hershey's Sundae :)

Rasanya start hari ni die dah jual harga biasa dalam lima hengget lebih...
Apapun uolls kalau nak try, boleh ler jengah Burger King's Malaysia...

Chow bedah!!!!!

ACER, INTEL, ULTRA Hadirnya Penuh Gaya

Ok, cergas, cergas semua...

Terbaik, terkini, siyes sensasi...

Jangan tak percaya Intel telah mengeluarkan produk Ultrabook iaitu "Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™"... sangat hebat dengan ciri-ciri " Ultraportable" dan "Detachable" ---mudah alih gitewww
 
Plus ianya juga dilengkapi dengan ciri2 " touch centric" ---> sentuhan hebat, menjadikan hidup kita lebih meriah daripada biasa

Memang ohseemmmm, pak cik ensem pun tak ohsem macam ni, ngeeeeeeeee...

Betapa hebatnya teknologi ULTRA ini boleh lihat betapa mudahnya seorang itu mencapai cita-citanya kerana ULTRA memudahkan segalanya...

Tak percaya silalah layan video diatas... ohseeeem giler :)

Biar tiada rupa, janji ada ULTRA, semuanya pasti nampak sempurna!

Thursday, May 16, 2013

Menang Berjemaah, TQ Fair N Lovely Keterujaanku Persis Mempunyai Rupa Seperti Juhi Chawla!

Marilah kita menikmati pemandangan dalam opis di Tingkat 34 ni ya...
Tengok nama-nama jenama ni, dah boleh agak, kan?
Apa ke sebabnya saya berada di sini?
Bukan untuk melepak minum kopi...
Apatah lagi untuk adakan sesi menjemah dan menjoyah...
Saya datang ke sini semata-mata...
******
****
***
**
*
*
*
*
*
*
Nak pi amik hadiah yang dimenangi...
Kamera pink... Woot woot woot...
Alhamdulillah antar satu entri ada rezeki melekat jugak...
Dapat tempat ke-2... :)
Tapi saya si Juhi Chawla, sangatlah jeles dengan itu "Kajol"...
Hahahaha
Sebabkan... diekan...
 Menang tempat pertama dan dapat hadiah HP Samsung Y "Hello Kitty"...
Diulangi "HELLO KITTY"... Best woooooooooooooooot...
Saya jeles sampai angkat2 kening kunyah muruku...
Isk isk takleh jadi ni, malam kang nak tenyeh lagi mukaku dengan Fair&Lovely...
Kasi lagi berseri, moga satu hari nanti, boleh menang HELLO KITTY!
:)
Apapun taniah Suzi Kajol! Ngeeeeeeeee

Hebat Sangat Canang Satu Dunia Ko Bini No.2, Puii!


Terima sms...

le caller: Bang kat mana? Call balik..
le Me: Bz, meeting ngan Boss... (siapa?)
le caller: Bang, nanti lunch balik umah ye saya dah masak special...
le Me: Tengok la kalau sempat... (apekehey bedah aku sms guna no baru?)
le caller: Bang... Malam ni abg balik rumah Sue ye...
le Me: Sue sayang... lain kali kalau sms antor no yg tak simpan id silalah taip betoi2, bini saya 1 je & nama dia bedah...
le caller: Ops.. maaf wrong number!

Kahkahkah...

Status di atas ni copy dari FB my Encik Somi

Sandiwara donia. Ni yang terjadi kat Encik Somi semalam. So, bila baca status camni mcm2 spekulasi boleh muncul dalam sanubari memasing, kan? Paling kuat merasakan "Cik Sue ni bini no.2 kah?"... Ke tak bernombor kah? Ahem ahem... see dah spekulasi merepek jer.

Teringat saya masa mendengar radio hot fm, hari Selasa yang lepas (kalau tak silap). Saya tak ingatlah topik apa yang dibincangkan masa tu. Tapi ada sowang caller terang-terangan mengaku "Dia bakal jadi isteri kedua". Lepas tu dengan rasa bangganya "citer pasal keburukan bini pertama bakal laki yang dikahwininya"... dan boleh die tak perasan dengan galaknya die bercerita DJ tu siap perli-perli die balik "ishh awak ni, dah lah nak amik somi orang, main kata-kata kat belakang ya..."

Memanglah hepi, kan? Orang tengah bahagia... bercinta semuanya indah berlaka...
Cer tunggu sampai bertahun-tahun (tunggu sampai sepanjang usia bini no. 1 tu kahwin ngan laki die dan dirampas oleh ko). Katalah tuhan tu nak tunjukkan "bagaimana adilnya dunia bulat ini berputar"... laki ko merembes kat pompuan lain. Ko panas hati tak? Kali ni bakal madu ko tu siap gi canang kat segala media cetak, kuar tv tunjukkan bukti... Agak2 bangunan setinggi KLCC ko sanggup terjun tak? Paling koman sebulan belum tentu ko nak kuar umah, malu punya pasal.

Sendiri kena ingat lah...

Takdelah saya rasa nak marah sesangat sebab orang yang menelefon tu beria nak jadi no bini 2. Takdelah saya nak kisah pun. Masalah nak kahwin dan keseronokan nak kahwin die, suka ati dier lah. Tapi yang jadi heran, kenapa ada juga manusia sebegini, "tidak ada rasa malu dengan kaumnya sendiri?". Paling tidak pun "Silalah hormati perasaan bakal madu awak tu". Dengar pompuan ni gelak beria kat corong radio pun hati rasa dah berasap. "Apa hebat sangat ke merampas laki orang?" Kan?

Saya marah sebab pompuan sekarang banyak yang tak sensitip. Tak kisahlah mendapat restu daripada semua pihak atau tidak. Tapi yang paling penting, "janganlah riak sangat dengan kejayaan ko merampas laki orang". Tak baik, dah amik hak orang minta dikongsikan. Dah dapat, nak malukan orang yang mengizinkan perkongsian. Jangan rasa diri tu hebat sangatlah!

Hokeh, entri takde kena-mengena ngan saya setakat hari ni. Hahahahah. Jangan buat spekulasi peliks lak ya. Cuma me jiwa sensitif sangat bila tengok perempuan kaum sejenis ni yang takde sifat menghormati perasan perempuan lain. Itu jer. Saiko kan? Hahhahaha.

Wednesday, May 15, 2013

BZ Giler, Giler Pun Tak BZ Macamni, Marking Time!

Tempat mengajar saya sekarang ni musim peperiksaan akhir tahun...
Relax sikit sebab takde kelas...
Tapi stress bila mula marking paper exam...
Sebab die ada dateline dalam 10 hari kena siapkan dan key in dalam sistem :)
Mamat ni memang senang hati...
Sebab die punya kertas exam antara yang tertinggi bilangannya, hahahahah...
Muka tuan punya blog kene interpreme terlebih dahulu...
Sebagai bukti memang benar2 bz. Hik hik hik bz bergambar, kan? Kan?
Orang lain BZ men-sorting... me BZ amik gambar sendirik!!
Kertas exam student saya yang menimbum...
Tarik napas dalam2...
Sepanjang minggu marking ni...
Makanan tak pernah putus, hokeh...
Ni menu hari pertama nasi ngan ikan bakar...
Hari kedua makan2 secara meriah dalam bilik marking...
Hari ketika makan donut dari Dunkin Donut...
Ni antara rahsia bagaimana saya sukses menaikkan berat badan bila mula bekerja di sini, hahahaha.
Ni antara memo kecil yang biasanya saya terima di akhir muka surat kertas peperiksaan...
Huhuhuhu...

Promosi Hebat Di Burger King! Hershey's Pie 3 Hengget Ajor!!!!--Hapdet latest!

Tiga ringgit sahaja! Kalau ikut harga asal RM5.95 OMG!
Dan promosi ini hanya berjalan selama 3 hari sahaja...
I repeat 3 hari sahaja... sahaja... sahaja...
Dari tarikh 14th to 16th May 2013
Dan ianya hanyalah untuk 1 pembeliaan untuk 1 pelanggan sahaja...
Selagi stok masih ada ya...
Marilah merasai keenakan keranggupan"chocolate crust" bersama"filling" krim coklat dan coklat chip Hershey's yang sebenar

Bagaimana nak buat pembelian ini?
PENTING: Buka Page Facebook Burger King’s 
(https/::www.facebook.com:bkmalaysia )
Kemudian Like page Burger King  tersebut. Cetak voucher dari page tersebut. Dan seterusnya boleh membuat pembeliaan di kaunter Burger King's. Ahem ahem, uolllllllllls berita terkini lagi sensasi... tak payah print tapi hanya pergi kat kaunter Burger King's senyum semanis habis, terus jer order! Kemudian boleh makan dengan gembira :)

Tertakluk kepada terma dan syarat:
Promosi ini hanya untuk Semenanjung Malaysia kecuali BK Genting/BK SKLIA
At Burger King, you can always Have It Your Way!

Tuesday, May 14, 2013

Earth Hour Contest! First time Menang Dengan Sogo Malaysia

Saya kan... jenis manusia yang selalu buat kerja very the last minute...
Bajet bila buat saat akhir tu idea datang mencurah-curah...
Nan ado ya... lagi kalut aderlah!

Tapi dah memang jenis manusia yang obses menyertai mana-mana peraduan...
Pantang orang tag kat FB--join laluh!!
Tapi antar last minute lah yer, hahaha

So malam sebelum Earth Hour berlaku...
Cam amalan biasa, saya telah menggunaka model2 tak berbayar di dalam rumah saya...
"Afiq dan Amani.."
Anaqi dan Yana dowang dah demanding so memang malas nak suh diowang tu posing apa2... Sikit2 kalau suh bergambar mesti kena buat perjanjian. Contohnya "Mummy kalau menang tab tu, Anaqi nak tau"... "Upah 80 sen nak beli pemadam baru lah". So saya malas nak layan, saya terus tawarkan job sebagai model bergambar pada Afiq dan Amani... Hahahahaha
Dua gambar di atas menjadi taruhan...
Serabai jer kan? Hahahha...
Plus kena buat slogan/caption
Takdelah kreatip mana... janji hantar penyertaan lepas tu buat2 hilang ingatan tentang peraduan yang pernah disertai :)

Dan tak tersangka--ecececece
Termenang  lak...
Clap clap clap
Saper nak kasi voucher 200 hengget sesuke hati, kan? :)

So masa gi amik voucher ada pulak SALE...
Sogo, mana tak pernah SALE?
SALE memanjang...
Hasil rembatan masa gi amik voucher kat Sogo...
Murah der... jeans tu dari RM10 dan RM15 jer...
T-shirt yang lawa tu ada yang RM10 dan paling mahal RM15.
Berbaloi2... tapi saya beli guna cash, sayang nak guna voucher...
Nak frame ke apa voucher tu, kan?

Hahahahahahahah... Nenantilah tunggu rasa nak beli benda2 yang boleh meninggalkan memori dalam diri, baru boleh guna voucher :)